AKPK : Login Semak Baki Penyata dan Cara Bayar Online. Cara log masuk untuk buat semakan dengan menghubungi pegawai berkaitan.

AKPK : Login Semak Baki Penyata dan Cara Bayar Online

cara login akpk bayar online

Adakah anda mempunyai masalah hutang atau pinjaman dengan pihak bank? Sekiranya ya, berikut dikongsikan salah satu cara untuk mengurus hutang atau pinjaman bank anda melalui Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Dalam menghadapi situasi yang mencabar seperti penutupan sektor ekonomi disebabkan Covid-19, pasti ramai di antara kita yang terjejas dari segi perniagaan ataupun sumber pendapatan. Justeru, bagi membantu menyelesaikan masalah ini, ikuti perkongsian berkenaan  panduan Login, semakan baki AKPK dan Cara Bayar Online sebagai panduan untuk semua.

Untuk makluman, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit merupakan sebuah agensi di bawah Bank Negara Malaysia (BNM) yang ditubuhkan pada April 2006 bagi membantu individu atau syarikat berkenaan pengurusan wang dan kredit. Tiga perkhidmatan utama yang disediakan secara percuma untuk seluruh rakyat Malaysia adalah pendidikan kewangan, khidmat nasihat kewangan dan program pengurusan kredit.

AKPK (Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit)

Satu program yang dinamakan sebagai Program Pengurusan Kredit atau Debt Management Programme (DMP) telah direncanakan oleh ahensi ini untuk membantu orang ramai. Pegawai akan ditugaskan untuk bekerjasama dengan pihak bank yang anda gunakan dan merangka pelan pembayaran semula pinjaman yang lebih baik dan diterima oleh dua-dua pihak.

Sebagai pelanggan, anda hanya perlu memenuhi kelayakan yang ditetapkan dan menyatakan dokumen yang diperlukan untuk menggunakan perkhidmatan ini.

Syarat Kelayakan DMP

  • Tidak diisytihar muflis
  • Tidak berasa dalam tahap ligitasi yang lebih maju
  • Mempunyai pendapatan boleh guna bersih yang mencukupi setelah memenuhi perbelanjaan seseorang
  • Mempunyai jumlah hutang tidak melebihi RM5 juta

Di bawah adalah maklumat berkaitan untuk rujukan orang ramai.

Cara Login AKPK Portal

Bagi pengguna kali pertama, anda dikehendaki untuk mendaftar sebelum boleh login ke dalam sistem perkhidmatan yang ditawarkan oleh agensi ini. Ikuti cara-cara untuk login seperti berikut:

  1. Sila layari portal Borang Permohonan Perkhidmatan (Services) portal borang permohonan perkhidmatan akpk
  2. Klik pada pilihan Individu/Pemilikan Tunggal
  3. Masukkan nombor kad pengenalan anda dan klik Hantar
  4. Anda perlu melengkapkan maklumat seperti nama, nombor telefon dan emel dengan tepat
  5. Pastikan notis privasi dibaca dan difahami sebelum menekan butang Submit untuk mendaftar
  6. Anda akan mendapat emel pengesahan daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit dan klik pada pautan pengaktifan akaun anda
  7. Klik Submit dan cipta kata laluan yang sesuai
  8. Log masuk semula menggunakan kata laluan yang telah dicipta.

Cara Mohon DMP

Untuk membuat permohonan perkhidmatan DMP, langkah-langkah adalah seperti di bawah:

  1. Layari laman web Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit
  2. Log masuk ke akaun anda dan jawab kajian Pra DMP
  3. Masukkan maklumat peribadi yang diperlukan
  4. Isikan butiran mengenai pendapatan, perbelanjaan dan pinjaman anda
  5. Semak semua maklumat yang diisi supaya tepat dan klik Submit
  6. Kemudian tetapkan sesi kaunseling bersama kaunselor Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit bagi memuktamadkan permohonan DMP anda
  7. Salinan Dokumen yang diperlukan boleh dirujuk pada : Senarai Dokumen

Cara Bayar AKPK Online

Kini, pembayaran secara online bagi skim program DMP boleh dilakukan melalui FPX dengan cara berikut:

  1. Layari :  Customer
  2. Log masuk ke dalam akaun anda
  3. Fungsi pembayaran secara FPX adalah mengikut bank yang menyokong sistem ini iaitu: senarai bank fpx akpk
  4. Ikut turutan langkah yang diberikan dan cetak atau simpan penyata pembayaran sebagai bukti.

NOTA: Tiada caj perkhidmatan akan dikenakan dan had transaksi maksimum sebanyak RM30 000 dalam satu transaksi. Jika terdapat masalah mengenai status transaksi, sila hubungi pihak bank yang anda gunakan.

Semak Baki AKPK Dan Tempoh Bayaran

Menurut laman web Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit, cara untuk menyemak baki pinjaman dan tarikh akhir bayaran adalah dengan cara:

  • Hubungi pegawai koordinator yang mengendalikan pinjaman anda
  • Hubungi Bahagian Kredit di talian: 03 2616 7640/ 7642
  • Hubungi pihak bank yang menguruskan pinjaman anda

Soalan Lazim (FAQ)

1. Adakah saya perlu membayar perkhidmatan yang disediakan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit?

  • Perkhidmatan yang disediakan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit adalah percuma

2. Jika saya telah menyertai program AKPK, adakah saya layak untuk membuat pinjaman baru?

  • Tidak. Individu yang berada di bawah program ini tidak dibenarkan memohon pinjaman baru dengan mana-mana bank sehingga komitmen bayaran dengan agensi habis dibayar

3. Apakah tindakan yang akan dikenakan jika saya lewat membayar?

  • Ia akan mengakibatkan bayaran komitmen anda meningkat dan boleh dikenakan pembatalan perjanjian dengan AKPK.

4. Adakah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit boleh membuat penjadualan semula hutang daripada pinjaman wang berlesen?

  • Tidak. Agensi hanya boleh membuat penjadualan semula pinjaman daripada institusi kewangan yang terlibat sahaja

5. Bagaimana pula dengan pinjaman pelajaran? adakah AKPK memberikan perkhidmatan yang sama?

  • Agensi hanya boleh membuat penjadualan semula pembayaran pelajaran/ pendidikan untuk PTPTN sahaja

Sumber: Soalan-Soalan Lazim

Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai masalah berkenaanAgensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit, sila rujuk:

Related : cawangan akpk, kad kredit, financial institutions, tekan butang, financial management, to login, home gateway,